Testimoni Pengguna vco Catalyst

Assalamualaikum...

di sini sue nak kongsikan sedikit feedback dari customer yang telah menggunakan vco catalyst.alhamdulillah,ramai yang memberikan positive feedback.tidak semua orang akan nampak kesan dia dalam masa singkat.macam mak zie ni dah 3bulan dia amalkan.macam saya 2weeks dah rasa perbezaan.ok jom kita tengok testimoni dari pelanggan vco catalyst.

 comel anak patung tu,hehehe.
sepadan dgn vco kan:)

 okay,ni zie
dah jd duta tak bertauliah ni kan zie..
hehehe...


ni kata zie: 
'Dah hampir 3 bulan dh mak ambik VCO softgel ni. Kata mak bdn dia cam ringan and bertenaga berbanding dulu. Alhamdulillah…itu lah yg Zie nk. Leh mak sihat senantiasa'

bagus zie ni,bagi mak makan dulu..
psssttt..zie,pasni zie pulak kena makan,jgn curi-curi mak punya tau,hehe..



ni feedback dari rakan-rakan zie
yang dah guna vco catalyst ni..
insyaallah,kalau kita amalkan
doa sebelum makan..moga mujarah
kita berikhtiar okay,dengan izinya insyaallah:)

Judul Lagu Di Blog Saya

Assalamualaikum...
ramai yang bertanya apa tajuk lagu di blog sue ni
erkk ramai ke..ada la dua,tiga orang,
kira ramai la kan,lebih dari satu..hehe
ada yang drop msg dekat shoutbox,ada yang msg sue
tanya apa judul lagu di blog ni..
so untuk tidak menghampakan kalian
sue letak lirik lagu kat sini..dan video lagu ni...
mungkin lagu ni best jugak layan
sape yang mau jiwang,
macam saya kot,erkk tidakkk yea...Jom Layan...
moga terjawab sudah pertanyaan korang yea:)

Bawa Kau Pergi-Goliat Band

Bila ada didekatmu
Detak dadaku mengencang
Pesona indah di dirimu
Buat ku mabuk kepayang
Jalan panjang yang kita lalui
Bukanlah sebatas mimpi
Baru kini ku merasakan
Jatuh cinta sesungguhnya
Kau membuat jantung berdebar
Tubuhku bergetar
Saat dengar bisikanmu kasih
Senyummu selalu dihati
Sabarlah menanti
Ku kan bawa kau pergi
Cerita cinta para pujangga
Tak seindah kisah cinta kita
Dan takan ada yang bisa
Merangkainya dalam kata-kata
Kau membuat jantung berdebar
Tubuhku bergetar
Saat dengar bisikanmu kasih
Senyummu selalu dihati
Sabarlah menanti
Ku kan bawa kau
Ku kan bawa kau pergi


Tanda Symbol Pelik Muncul Di KLCC?Apakah

assalamualaikum dan selamat pagi
tadi sue duk melilau di alam maya
jumpa a few gambar yang bang nara tunjuk dekat web dia
seram jugak bila tengok benda ni...
adakah bumi kita dah semakin tua
atau dah akhir zaman
sampai macam-macam benda pelik muncul...
Ya Allah,takuttnyer....
klu kita tengok sekarang pun
dah banyak tanda kiamat
samada kecil atau besar...subhanallah..


 yang ni korang tengok simbol antara dua klcc tu
nampak tak apa saya nampak??

 dekat ikan yang mak abang nara beli
ada juga..suratan atau kebetulan
laut kita dah tercemar ke

ni gambar yang adik abang nara
yang belajar dekat UK anta
ada jugak..see...
sumber:beautifulnara

p/s:katanya ini hanya gimik,entah la..kenapa ek..kang org pakat pikir macam-macam pulak kan.
entah ler labu...

Review:Bunga Tangan

assalamualaikum dan selamat pagi semua..
jeng..jeng..dah basuh muka belum,solat subuh ke idak ni??makan roti ke nasi...sue telan air liuq je,hehe..
ok2,dont be confuse okay,blog sue ni,depend pada mood,klu sue rasa nak review pasal kawen,sue akan review and share pada b2b di luar sana..erkk ada orang baca ke,hikhik..klu rasa nak share pasal dato' siti mengandung,sue akan tulis jugak..ikut suka hati,mana berkenan,murah-murah,hehehe..erkk salah topic..
okay,arini just nak share bunga tangan,yang di buat oleh my friend so nadia.dia dah ada blog,tp sue lupa link,,nnti sue update.sape yang nak upah dia make up,boleh la yea.actually she is a new berjinak-jinak dlm conteng-conteng muka orang,hehe.nnti sue wat satu entry crita pasal dia ye..psssttt bukan pasal personal hokay,orait.jom layan piccas.

 sila fokus pada bunga tangan
not my jari yea..
ok,kombinasi pink and putih,dan sedikit shocking pink
bunga tangan made by Nadia
i like it..
still simpan dan masih elok..

 hoho..my niece yang taknak senyum
sbb dah ptg kot
just nak tunjuk bunga tgn lagii
dan lagiii

ok,ni pic pemegang bunga tangan tu
beli dekat kedai
tak ingat nama
tapii mahal giler
bila g dekat sin yin
beza RM3,banyak tuuuu....
ok done..sekian

Dato' Siti Nurhaliza mengandung

assalamualaikum dan selamat pagi..
yeayyy dato' siti dah mengandung,tumpang gembira.erkkk sila jangan percaya.tadi sedang enak sue duk sibuk baca literature review,mata sudah mengantuk,jadi berkeliaran di alam maya,dan terbaca pasal kata dato' siti nurhaliza atau Tok Ti mengandung.banyak blog gossip duk bercerita pasal isue hangat ni.saya bukanlah peminat tegar dato' siti,tapi layan je lagu dia,mane yang berkenan kan.if dato siti pregnant,alhamdulillah,kita tumpang happy kan..jom layan gambar yang jadi topic kata dato' siti pregnant..

 erk sebabkan nampak perut Tok Ti muncit sikit kot
tu yang pakat kata tok ti pregnant
huhuk..klu betul alhamdulillah...




gambar kredit to:runwitme

Aida Gadis Melayu dah ada blog

assalamualaikum dan selamat pagi semua..

apa kabar anda di sana,sihatkah?makan belum..buat ape tu..dah mandi,ehh mcm kenal je ayat tu,hikhik..ok sapa yang tak kenal aida gadis melayu?yang comel,cute dan sweet itu..ala yang kawen dgn pembaca berita tuuuu,si saiful kan.hehe..mmg sesuai kan.ensem dan cantik,pasangan sejoli.okay,sue memang minat jugak la dgn aida gadis melayu tu,lembut je orang nya,sedap mata memandang.so semalam sue duk merayau di alam maya tanpa arah tujuan,sambil bawak roti tuna,yangs sedap,lembut dan gebus,ehh tetiba pulak,cakap psl roti,hehe..okay,sambung citer,so sue terjumpa blog aida gadis melayu ni,dia baru je ada blog,baru buat kot.entry pun bulan march.tp follower dah ada 200+,cepat bukan,hehe..orang dah popular,cantik pulak,banding dgn saya,follower ciput je,hehehe..lempang lapan poloh lapan kali,huh..

ok sape nak masuk blog aida gadis melayu,klik di SINI yea.
erkk tlg promote jap,aida..sila bagi upah,ekeke..mcm la aida baca blog aku yg gonjeng nih,hikhik.ok layan gmbar aida kat bawah,sweet bukan.sekian



gambar kredit to aida gadis melayu

Promosi Untuk Menjadi Agent vco by Catalyst



assalamualaikum dan hyeeeeeeee sumeeeeeeeeeeee..
berjumpa lagi dalam segment 'eh best ke vco tuh..hahaha..ehh sorry saya merepek sajer..okay jom straight to the point..memandangkan sue nak wat promosi,makan sue akan tunaikan janji sue yea..owhh sue bukan mungkir janji tauuu..hehehe..

kepada mereka yang ingin menjadi agent,di kelantan,pahang,terengganu,mane-mane jer,boleh register dekat sue okay.dan pada sesiapa yang ingin menjadi agent,maka sue akan bagi postage freeeeeeeeeee of charge okay..ini untuk mereka yang ingin menjadi agent sahajafree of charge atau FOC..erkk ada berani.ini betul-betul,bukan cubaan okay..hihihi.so if korang nak jadi agent,pls emel to me at suhasnida.ismail@gmail.com or 017-6137255
anda berpeluang menambah pendapatan dan mendapat keuntungan 10-15%,jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.


 "tawaran ini hanya sah sehingga ujung bulan ni okay,tertakluk kepada terma dan syarat"

Yeay,sue ada Banner baru untuk blogshop sue..

assalamualaikum dan hai...

akhirnya sue dah ada banner untuk blogshop sue.ehh bukan banner nak gantung dekat luar pagar sekolah yea..ini badge.kata tukang buat.hehehe...suka sangat bila dah dapat ni..lama tau que dengan kakak comel ni untuk design.hehehe..

sweettt macam tuan kedai,ekekeke
perasan betul kan..
but i like..comel gitu,
boleh guna untuk watermark jugakk
lama bebenar tunggu tau,
tuan punya design pergi jual kambeng,hikhik
sape nak tempah
boleh tempah dengan Kak Jiya
kak jiya ni selain pandai mendesign dan kreatif
dia ni pengembala kambeng..lariiiiiiii..
sebelum kena sekeh..hikhik..
thanks kak jiya..
sekian.

Comelnyerrr adik Mia Sara

arghhh so cute la budak niii..geram tengok.rasa nak gigit,hehehe..klu dapat anak mcm ni,hari-hari aku cubit pipi,hikhik..doakan untuk saya yea..moga cepat di kurniakan cahaya mata,amin.okay jom layan gambar adik mia sara time birthday lisa surihani.lisa pun comel,tapi aku bukan peminat tegar artis yea,hehe..

 comel,cuteeeee sangat budak mia nih
suara dia sangat comelll
geram nak cubiiit,hehehe!!

sekali pandang macam budak korean pulak
hehe..sebabkan duk dengan FBI,tak nampak korean la,ekekeke
comel kan..


ni video during sambutan harijadi lisa surihani
ermmm pasni mesti jadi kontroversi lak
klu nak tahu pasal ape
korang tengok la yea:)
motif,nak tunjuk gambar mia je,hehee.

semua gambar dan video
kredit to Metrowealth

Review:Bunga Stokin sebagai bunga pahar

assalamualaikum dan hai everyone.what are doing ha??sihatkah kamu wahai kawan-kawan??saya tak brapa nak sihat okay.hehe.bila masuk semester baru,memang virus tak sihat akan menyerang,well as u know la kan,huhu.modd lari sana sini,tak dapat nak kejar tauu,si mood tu nakal,lebih laju dari kuda..hikhik..apa aku merepek nih..kahkahkah..tambah-tambah incik husband duk jauh,terpaksa berpisah sentiasa.hehe

baiklah wahai incik rakan sekalian,aku just nak citer pasal bunga telur a.k.a bunga pahar or what so ever la korang panggil kan.klu kat kelantan takde istilah bunga pahar nih,klu aku lah..semua panggil bunga telur.so bila aku join b2b group kat blog ni,baru aku tahu,bunga pahar ni lagi lawa,lagi cantik,lagi lebat bunga dia,ghasak la mcm mana pun.hehehe.

ok jom kita lihat gambar yang sempat di snap yea..

 ok ni lah rupa bunga stokin yang sue buat..
oppss bukan buat,or diy yea
sue tempah and bayar jer.hikhik..

 ok,mood malas nak rotate,huhu
memula sue nak buat,pastu duk pikir and survey
cost buat lagi mahal
jadi sue ambik decision sue pergi tempah
dekat rantau panjang,yang jauh lebih murah
you nak colour ape,you bagi tau jer,nanti dia akan buatkan
so anyone nak tempah??
kindly emel to me.
 just nak show

ini my bestfriend
akan kawen ujung bulan 4 ni
wish you gudluck for preparation,hehe.
saya just nak tunjuk bunga telur yang dia pegang tu
then FYI,saya menggunankan telur masin yea
bukan telur ayam biasa
sebab saya nak bagi nampak comel colour putih,hehe..
ok till the,chow.

Cubaan Bunuh Diri di KB Mall Kota Bharu

sumber:incik google

sue balik kelas,buka fb dan emel,itu adalah rutin.bila tengok fb,ramai duk pos video cubaan bunuh diri seorang remaja,mungkin di kb mall,baru saje berlaku petang tadi.perkataan pertama terpacul di bibir sue,"bengong".memang kedengaran agak kasar,tapi itulah hakikat.manusia jenis apakah yang sanggup gadaikan diri,sampai nak bunuh diri.tak sayang nyawa kah kamu?usia masih muda,buatla benda yang berfaedah,yang nak g terjun tu kenapa.kamu bukan saje menyusahkan orang sekeliling,bomba,ambulance terpaksa berkejar semata-mata nak selamatkan kamu.tapi kamu sendiri tak sayang nyawa.tatkala orang nak selamatkan diri,kamu meronta dengan harapan jatuh tersungkur ke bumi.kenapa la ada jugak yang tak pikir panjang bila nak buat sesuatu.??apa perasaan mak ayah kamu nanti,satu dunia tahu anaknya buat cubaan bunuh diri.sebab kenapa bunuh diri,tak dapat di pastikan.mungkin kebiasaaannya putus cinta,frust..tapi tak perlulah kamu nak gadaikan nyawa sendiri dik.nyawa kamu tu tak boleh di beli dekat supermarket,or pasar borong.takda jual RM10 sekilo ke,RM8 selonggok ke,takda sayang.Allah bagi satu nyawa je setiap seorang.pikir sebelum bertindak.walau apa sekali pun sebab,jangan di lihat bunuh diri adalah jalan terakhir.kalau kita sebagai seorang muslim,niat nak bunuh diri tu pun dah boleh dosa,apatah lagi bunuh diri.apa hukumnya??jawab sendiri wahai sahabat sekalian.if sape-sape nak tengok video tu,boleh ke link FB di SINI.


ni ha gambar budak yang nak bunuh diri tu
jatuh pah ke bawah doh
mati idup i dont know..
siap ada pisau..masyaallah
ko sebab spm failed??
amy tulong jawab sikit,hahaha
tak pasal-pasal aku taip bahasa klate,ekeke!!


video percubaan percubaan bunuh diri di KB Mall
lebih kurang jam 4petang


ni baru intro la klu dalam drama.
baru nak start babak...
haihh dia ingat ni wat filem KRU Production ke
ada adegan stunt mcm ni..
pikirlah dik oii..jgn duk bertindak melulu
buruk padahnya..




ini time percubaan menyelamat
tapi jatuh ke tanah jua
nasib tak mati..




FIKIR PAKAI OTAK
BERTINDAK PAKAI AKAL

"SELAMAT BERAMAL"

UPDATE:Veil Yang Nak di Jual

orait,sue dapat emel dari rakan-rakan yang nak tengok full veil yang sue nak let go tuh..
sebenarnya sue memang takde gambar full,sebab tak sempat snap.tapi tengahari tadi i got emel from my friend,dia tolong send gambar veil yang full,sbb dia kata ramai duk tanya kan.so terima kasih daun keladi to nadia.veil yang nak di jual ni since sue tak guna,jadi lebih baik sue jual saje.dengan harga murah.cost buat veil ni boleh tahan jugak,even pakai net.sesape yang buat veil sendiri,tahu la kan cost dia berapa.hikhik.

okay,ni je pic yang agak clear yang veil sue buat
ini corak atas kepa,ada bead..
dan belakang guna border lace,seperti yang sue tunjuk
dalam entry lepas.
tepi dia jahit manik tabur.

so material yang guna adalah net
dan border lace serta sedikit bead dan pearl.

so if you are interested
pls emel to me
suhasnida.ismail@gmail.com

Review:Hantaran Sebelah Perempuan

Assalamualaikum dan hai...

kalau dah update hantaran sebelah lelaki,mesti ada hantaran sebelah perempuan kan.mana aci,update hantaran my hubby je,hantaran saya yang penat duk buat tu,mesti nak interprem jugak kan,ekekeke..tema sebelah sue adalah pink dan krim.as you know la,sue kan mmg peminat pink,hikhik.tapi this year nak tukar colour lah,nak pupuk minat ke arah warna striking,wakaka..boleh pulak pupuk minat yea,huhu.warna pink kan sweet,sape sokong statement saya??angkat keybod cepat,or sue tarik telinga korang,hikhik.boleh pulak main paksa-paksa yea.ok tanpa membuang masa,jom cuci mata dengan hantaran sue yang tak seberapa,tidaklah seGah hantaran rizalman,or arma,or sape-sape lah.tapi ini hantaran MEKSU.MEKSU okay.in commercial name MCSUE..okay.hahaha.

 kain pelikat dan sejadah
untuk incik hubby..
tanda semoga incik hubby boleh jadi imam
pada keluarga nanti,boleh jadi ketua keluarga yang taat dan patuh dengan 
suruhanNya.amin..

 Kek yang di tempah dengan amsyarbaker
sangat tragis ini kek,
susah betul perjalanan dia nak sampai rumah sue,huhu
thanks to my beloved friend Lily and her mum
sudi pick up this cake.jasamu di kenang
muahhh!!
 set tali pinggang,dompet dan pen
untuk incik hubby

 baju camel yang incik hubby suka
merah youuu...thats why i said
i suka merah sekarang,wakakaka

 kasut incik Hubby
yang amat sukar untuk mencari saiz
ada yang berkenan,saiz tarrak
kalau dah kaki mcm raksasa,mmg ler susah cari saiz
hehehe...raksasa tak susah cari kasut mcm ni tau:)
 perfume Dunhill untuk incik husband tersayang
i like bau perfume ni yang botol merah,hehe
bau romantik dan menggoda gitu,ekekeke

 set pencuci muka jenama loreal
sesaje beli,dia bukan peminat loreal pun
bini dia beli,so dia pakai,hehehe..



hantaran keseluruhannya
ada 9hantaran smuanya.satu lagi hantaran pulut semangat jugak
tapi takde gambar,pulut tu makcik sue buat,sangat comel
alahai,dah cari picture,tapi takda gmbr
tapi adaptasi dari picture ni

comel kan,
sue cakap dekat my sdara
sue dah taknak letak bunga telur atas pulut
biasa orang kelantan,pulut memang wajib ada
dan bunga telur kebiasaanya akan di cucuk kat atas pulut
kali ni sue kata sue nak wat mcm ni jer,
ada jugak telur sebagai hiasan
malas nak membazir beli bunga telur mcm yang hubby punya,hehehe!!

FYI, bekas putih tu sue pinjam dari blogger ex-b2b
HanaYorie.sape nak sewa dulang,boleh ke blog hana.
thanks Hana...

ok sekian.
bunga dulang sue dengan selamatnya
sue dah bagi dekat blogger nyomel
jadi dah takda yea kawan-kawan.

Review:Hantaran Sebelah Lelaki

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
sihatkah anda-anda semua??sakit perut?demam?owhh mcm-mcm penyakit lately ni kan,dengan cuaca yang tak brape stable,sue dah 2,3hari sakit perut,pekena pun tak tahu.makan sambal belacan banyak sangat kot,hihi.saya bukan peminat sambal belacan okay,hikhik

orait,arini terajin pulak,rasa nak share hantaran sebelah pihak lelaki.sebabkan terajin yang teramat sangat di pagi yang hening ini,ecece mula la tu nak melalut,hihi.jadi sue pun upload ler gambar buat tatapan sape-sape yang masuk sini.ehh jom tengok reramai,hehe.yang duk kat muka pintu tu,sila duduk yea,jangan malu-malu.yang nak join contest,silakan,di alu-alukan,yang tak tahu wat ape,duduk lah minum kopi yea.hikhik..

okay,tema sebelah hubby ialah merah.merah menyala owhh jantungku..ehh silap..lupa lirik pulak..kwang..kwang..saya sangat suka tema sebelah hubby,haha..dulu saya bukan peminat merah,tetapi sejak kebelakangan ini,saya nak jadi mak merah lah,mcm REdmummy,ekekeke...mcm comel,cute,dan cun pulak merah tu..merah itu menawan,hitam itu keunggulan,ape-ape je lah..jom layan piccas:)

 pulut yang di hiasi bunga telur,
ini wajib bagi orang kelantan
orang panggil "pulut semangat"
miss amy mungkin tahu la kot,hehe

 buah-buahan
yang saya tak sempat tengok pun
tak tahu kemana menghilang,hehehe

 telekung sembahyang
yang di beli di jalan TAR jer

 Kek blueberry yang best dan sedap
semalaman di bilik pengantin sebab lupa nak keluarkan
then pepagi esoknya si pengantin perempuan dengan rakus breakfast
dengan kek tersebut,hehehe!!

 kasut saya yang sangat comel
tak sempat nak beli brooch untuk di tempek di tampal
sebab time constraint..huhu
dan kasut itu tengah bertafakkur di dlm keta hubby
ke hulu ke hilir ianya di bawa,hahaha!!

 kain yang di beri oleh my mertua
sangat comel dan saya suka
colour yang striking sikit,tapi i like
kena berani pakai colour terang
sbb hubby kata menyerlahkan keterampilan anda,hahaha
dan kain ini mmg cantik di gubah
tapi amat sukar dibuka ikatannya,huhu.

 ini jugak kain pasang
di beli oleh mak sdara hubby,
warna cream yang comel
bukan main payah aku dan hubby nak buka ikatan tu
sampai guna pisau,gunting dan sgala bagai,ekekeke.

ini set perfume saya
sy sangat suka dengan bau
yang menggamit jiwa sanubari,wakakkaa
ok sekian..opppsss satu lagi hantaran yang kat entry bawah
kain jugak..so i got 3pasang kain.huahahaha!!

so if sesape berminat untuk beli dulang hantaran sebelah my hubby
boleh emel sue..
dulang dan bunga skali,anda just perlu letak barang hantaran sahaja.
smua masih dalam keadaan baik
if you nak jimatkan cost,utk hantaran,
or nikah,boleh emel sue yea..
sekali je guna,its okay for me.
ramai yang duk sewa sebelum ni dgn mak andam,dah brape kali guna kan
so fikir-fikir kan okay.
sue hanya offer dan dalam masa sama membantu rakan-rakan.thanks

Ben Ashaari:Game antara blogger bermula


game ape abang Ben nak main
sue tak tahu..jom join,hehe
kita tunggu jela,
kul 11 pm akan bermula game tu
tak tahu game ape,tiup belon ke,lari dalam guni ke,we dont know
sekadar memeriahkan sesama blogger,
sbb takde keje nak wat,hehehe

Bantal Nikah dan Barang Perkahwinan Untuk Di Jual

assalamualaikum...
sue ada dua biji bantal nikah untuk di jual.sue nak letgo dengan harga yang murah jer.if nak sewa,boleh jugak,tapi sue prefer nak jual.bantal tu memang besar,bersaiz lebih kurang 34x35 kot..nanti tengok entry sue yang lepas.then dua biji bantal ni tidak sama saiz,sbbnya saiz yang perempuan panjang dan besar sikit.beza lebar je,sbb sue buat mcm tu,senang if nak ambik gmbr hubby dengan sue,guna satu bantal je,tak pyh duk angkat bantal satu lagi.bantal di perbuat dari kekabu.sesape yang berminat boleh emel sue at suhasnida.ismail@gmail.com


ni bantal yang kat dalam,
sarung dia pink mcm ni,kat luar ada satu lagi cover
so if you tak minat cover shocking pink
korang blh buang and buat sendiri cover bantal ikut tema korang yea.

sue takda gambar bantal saje,
ni je yang ada,tu pun cilok dari fb kawan,
cover yang sue cakap tu warna shocking pink ni
so korang boleh buang and buat cover sendiri if taknak guna.
dan veil yang sue kata nak let go tu,yang ni la..sbb laptop ni takleh transfer gmbr
so gmbr yang fully takleh upload.


if sape-sape nak kain backdrop dan kebetulan sama dengan tema anda,boleh emel sue jugak
sue masih ada lagi kain backdrop pink,shocking pink,dan cream yang masih belum di guna.
dan if sape-sape nak pomander ball berwarna pink
boleh emel jugak dekat sue yea.ada 4 or 5biji semuanya.
tapi pastikan majlis korang bukan dalam masa terdekat,okay:)






apa lagi benda korang nak request??
okay ada orang tanya pasal flower stand sue,
kalau ada yang berminat,boleh emel jugak
harga smua barang sue bukan nak berniaga
dan sue akan bagi harga yang murah
sbb sue tahu wat majlis kawen,tunang or what so ever perlu belanja yang besar.
jadi,klu korang nak jimat,sue blh je bagi harga murah if barang-barang ni
korang nak..


mengenai bunga pasu lak,ada yang emel dekat sue tanya
ada sape-sape nak beli,emel la yea.
boleh tengok entry yang lepas-lepas.sue malas nak upload pic again.
insyaallah,klu benda tu sue ada,sue leh bagi harga yang amat murah:)

ok,ni antara dulang hantaran sebelah my hubby
memandangkan benda ni dah tak guna,
if sape-sape berminat nak beli,
boleh emel sue...
yang bunga dulang sebelah sue,sue dah bagi dekat blogger.


interested??boleh emel okay
suhasnida.ismail@gmail.com

Saya Mau Beli Kereta,kereta kecilku berbunyi..

assalamualaikum dan selamat petang,

rasa-rasa which kereta sesuai utk saya,hehehe..saya suka kereta kecik jer,senang nak bawak kan.tapiii owhhh lesen blm dapat lagi,ekeke..jumaat ni baru nak test,moga lulus la yea,dah bertahun tertangguh,sampai saya dah leh bwk keta tapi lesen takde.tapii saya tak bwk dekat jalan besar yea.hikhik.tragis sungguh wat lesen ni,first wat lesen time diploma kat uitm Machang,uol blh bayang brape lama,until now tak dapat lagi.then kisahnya cikgu lari,burn duit saje-saje.pastu bila masuk upm baru nak buat.dari sem dua lagi,until now dah sem 4,geram sbb tertangguh nak test.dari week ke week,entah pape,ni baru jadi.dah wat pre-test,ok done.lulus la kira.so berkira nak beli keta,sbb before ni saya naik motor,so motor tu nak di pulangkan balik ke my bro.jadi my husband decide beli je kereta second,utk saya guna kan..dia nak bg keta dia,tapi besar pulak,tak sanggup saya nak drive,kang langgar divider ke,pokok ke,tak pasal-pasal lak kena baiki,duit lagii .hahaha.so saya nak beli keta kecik,kancil ke,kelisa ke,sudah ler kan.nanti bulan 8 or 9 nak masuk mengajar,leh guna,hihi.sekarang nak guna g kelas je,saya bukan kaki merewang,g kelas balik kelas,g beli nasi.itu je.tambah-tambah budak undergrade dah nak cuti,so bus tak brape nak ada.klu ada pun lambat sikit la.jom layan piccas kereta yang saya suka,hehe!!

ehsan dari mudah.com
ok what this kereta,tapi tuan dia tak pick up call
ok fine,haha..takde rezeki..
harga kelisa still maintain, around 15-25k lagi tau..
jimat minyak.

ehsan incik Google
comel and cute kan..tapiii mahal woo
ini mini cooper,jangan memain
org mcm saya tak berkemampuan untuk beli,hehe..

ehsan incik google
sang kancil pun dah okay dah
harga sang kancil ni pun blh tahan lagi if yang 850cc
orang kata harga still tak jatuh sangat
and its suitable untuk saya yang baru dapat lesen,tapii
lesen saya dah takde P tauuuu..
sebab saya dah wat lesen motor long time ago,hikhik.

sebenarnya saya taknak beli keta baru,sebab saya mls terikat dengan loan,bila you buat loan,you dah ada komitment kan kena byr setiap bulan.saya tak suka,bukan tak mampu,mampu klu nak beli myv ke,tapi takpela,saya bukan nak guna kereta yang high class ke ape,saya tak kisah what kereta pun,even bukan baru.cukup ler kalau leh g kelas and balik kelas.lagipun kereta hubby dah ada,just nak wat second car.bila dah stabil nanti,bila saya keje dan dah confirm,baru leh pikir.misi sekarang bukan untuk dapatkan kereta baru,hehe..misi sekarang ke arah untuk kumpul dapatkan "pondok kecil" sendiri.
kancil pun dah cukup kot untuk saya guna,lagipun ada 3bulan je lagi kat upm before kerja kan.
nanti dah keje,leh tukar kereta dgn hubby,kasi dia bawak kancil,hikhik..mmg ingat nak beli motor,tapi if beli motor,bulan 7 or 8 nak kena cari kereta jugak kan,tempat keje saya dgn incik TK berlainan.so what do you think??
 
Copyright © Kedai Vitamin Muslim | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in