Sambal Pauh@Mangga Muda

ASSALAMUALAIKUM............

Banyak hari saya tak update blog,bukan tak masak,tapi malas nak mengentri,hehhee..(rosak bahasa).mesti semua dah lunch kan..kita jer lambat lunch,al-kisahnya masuk dapur lambat sebab mencari ikan di merata tempat,arini gamaknya nelayan mogok,tak banyak ikan,padahal duk di Terengganu,tepi pantai..orang kedai kata nelayan tak turun ke laut kebanyakkannya..pastu balik umah pulak,ketung ketang kat dapur,masak lemak petola dgn putik jagung,wat daging blackpepper dan tumbuk sambal pauh @mangga muda.orang kelantan panggil pauh ringan,hehe..sbb dia kecik-kecik kot.pastu dah siap hidang lauk pauk (macam banyak sangat ler lauknya) my husband pi ler nak ambik nasi..uwaaaaaaaaaaaaa nasi tak masaaaaaaaaaaaaakkkk..bukan sebab tak pandai masak nasi,tapii terlupa tekan butang cook..huhh..terpaksa ler husband tunggu dlu.dia kuar g pos barang customer baru balik makan nasi.tu ler al-kisahnya lambat lunch..hihi..jadi ibu-ibu,adik kakak sekalian,bila masak nasi jangan lupa pastikan butang cook di tekan yea..pesanan penaja tak berbayar,hihi.

Jom kita layan sambal pauh dengan ikan,jangan ada yang mogok nak bom dapur pulak yea,hehe..pastu sediakan tisu,kot-kot meleleh tengok sambal pauhh tuu..huhu..wa cakap sama lu,memang sedap woo sambal pauh nih..(bukan angkat baldi sndiri tau).dengan ada rasa masam,pedas fuhh..fuhh berair air idung ler..hikhik..


***ada yang terliur,meleleh tak tengok sambal pauh ni,hehehe!!
dah selamat di makan oleh mak buyong dah,kikiki
arini kita punya lesung nak interprem..huhu..
 dia punya penumbuk tu dah patah,dlm gmbr tak nampak,huhu!!

Resipi Sambal Pauh by Ciksu:

7biji lada burung-ikut citarasa masing
3-4ekor ikan kembung kecik-atau ikan selayang/sardin
pauh/mangga muda-3biji
Garam secukup rasa-sue guna sesudu kecil garan kasar

Cara-cara:
Tumbuk lada burung dgn garam,biar pecah-pecah jer.jangan terlalu lumat
masukkan mangga muda,tumbuh bagi pecah-pecah juga,sue suka mangga yg tak lumat sangat
masukkan ikan dan tumbuk lagi..sedia untuk di makan:)


**Sayur Lemak..nyum..nyum
sedap bila di gandingkan dengan budu perah asam limau:)

Serunding Kg Laut, Serunding Tersohor

 menyelerakan bukan!!jadi buat tempahan hari ini
rupa bentuk wajah serunding daging:)

Alhamdulillah syukur,ciksuwellness and marketing terus mengorak langkah dengan menambah produk makanan pula untuk di jual.Kami memang berhasrat nak pelbagaikan produk.Harini CWK ingin memperkenalkan produk baru yang sememangnya dah ramai kenal pun,hehehe..cuma nak maklumkan  yang kami menjual iaitu pelbagai jenis serunding dari Kelantan.Di Jamin Sedap Dan Puas Hati.

Sempena menyambut “Penghulu Segala Bulan” iaitu Bulan Ramadhan al Mubarak dan meraikan kedatangan Syawal yang Mulia ini, Ciksuwellness and Marketing amat mengalu-alukan anda untuk menyertai kami dalam menjual pelbagai jenis serunding.

Buatlah tempahan segera dan edarkan di seluruh kawasan persekitaran, jiran tetangga, sahabat handai dan saudara mara anda. Dapatkan kepuasan dalam menikmati keuntungan sempena kehadiran kedua-dua bulan ini. Namun jangan diabaikan saham/keuntungan akhirat kelak. seimbangkannya dan lipat gandakan usaha ke arah itu.(Pesanan Penaja)…

Serunding Daging Istimewa yang diperbuat daripada kampung pengeluar serunding tersohor di tanah air iaitu Kg Laut, Tumpat, Kelantan ini sememangnya enak dan boleh disimpan lama sehingga tempoh 6 bulan.
Untuk bergiat aktif sebagai pemborong, anda hendaklah membuat tempahan pertama sekurang-kurangnya 5kg serunding terlebih dahulu (boleh dicampur). Kami juga menjual pelbagai jenis serunding dalam bentuk runcit.Anda boleh merujuk harga runcit seperti di bawah:

Harga Tidak Termasuk Harga Pos
harga pos bergantung kepada berat timbangan:)

pesanan penaja:serunding kampung Laut ni memang menjadi kegemaran semua tak kira dalam negeri Kelantan sendiri atau luar negeri Kelantan.Ramai orang kenamaan yg memang suka dengan serunding nih..mendapat permintaan yang tinggi setiap masa.Jangan Lepaskan peluang untuk rasa keenakan dan kesedapan serunding asli dari Kelantan.kakak dan adik-adik blogger sekalian,nak order serunding boleh contact sue yea di talian 017-6137255 atau ciksuwellness@gmail.com




hubungi :017-6137255(ciksu)
atau emel ciksuwellness@gmail.com
 
Copyright © Kedai Vitamin Muslim | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in