Chilled Cheese Chocolate Cake

Assalamualaikum
Selamat pagi.sihat?harap smua sihat la yea.dengan cuaca panas sekarang ni memang terasa bahangnya.kat sini jemaah di masjid buat solat hajat,minta di turunkan hujan..moga2 Allah turunkan hujan untuk kami di sini.

Okaylah,sebenarnya sue nak update resipi cheesecake ni.lastweek lagi buat,tak sempat update.sebabkan ramai duk bertanya resipi cheesecake yg best ni jadi sue update la.boleh buat rujukan di masa akan datang.




Resipi cheesecake ni memang antara terbest sue pernah rasa..bukan angkat bakul sendiri,hehe tapi memang sedap.sebelum ni pernah sembang dengan kak annaqawina bg tahu nk resipi cheese yg ala ala aiskrim,sbb sue tak suka klu rs kental sgt teksture cheese tu.sbb letak gelatin kan.tp hak ni mmg menepati citarasa.bwa balik dgn adik2 dan mertua pun kata sedap..hihi..owhh perasan lagi..ngehx3.ok lah jom semak resipi tu.selamat mencuba.mudah je buat...



Resipi chilled cheese chocolate cake
By zachoe

Lapisan Bawah: 
100g oreos, kisar halus

Lapisan Atas: 
125gm cream cheese (lembutkan)
60gm gula kastor
1 keping oreos (hancurkan..kalau nak tambah lagi boleh..tapi jangan banyak sangat plak)
75gm anchor whipping cream, pukul kental
1/2sb +1/2st gelatine
40ml full cream milk- ku guna air masak biasa je sebab terlalu kesusuan

Chocolate mousse: 
125gm anchor whipping cream, pukul kental
1st vanilla essence
1/2 sb serbuk gelatine (campur dengan 3sb air hangat)
25gm serbuk koko + 40 gm gula icing
1/2 sb nescafe + 1/2 sb air panas
Tambah susu pekat sket (kalau adunan rasa pahit)

Chocolate ganache: 
50g dark compound chocolate
50g fresh cream


Cara:
Lapisan bawah: 
Kisarkan oreo bersama cream. Tekan rata dalam loose pan 6". Masuk dalam peti sejuk.

Lapisan atas: 
1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin.
 2. Campurkan gelatin & full cream milk and biarkan kembang 2 minit. Masak secara double boil sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td.
3. Masukkan bahan lain pukul sebati (oreos yang telah dihancurkan, whipping cream yang dipukul kental). Kemudian tuang ke atas biskut oreos yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)

Chocolate mousse: 
1. Pukul whipping cream hingga kental dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rasa pahit, tmbh susu pekat sket je.Hati-hati ketika memasukkan gelatin kerana ia akan terus mengeras apabila terkena whipping cream yang sejuk.
 2. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse.

Chocolate ganache: 
1.Double boil fresh cream sampai mendidih. Masukkan coklat yang dicincang, tutup api dan alihkan dari double boiler. Kacau rata.
2. Suamkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula kira-kira 3 jam. Bila agak2 chocolate ganache dah keras, boleh la dihidangkan. Potong dengan pisau yang direndam dalam air panas dan dilap kering

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi:)

 
Copyright © Kedai Vitamin Muslim | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in