Assalamualaikum..
sudah lama saya tak update blog personal..fuhh..fuhhh dah berhabuk sakan dah..kena pakai vacuum yg power punya nih...bukan la taknak update,tp agak busy memandangkan di semester terakhir.alhamdulillah..semalam dah habis final exam,maka berakhirlah pembelajaran saya di UPM..even not officially lagi la kan.tesis saya belum di submit.tapi anggap dah habis,sbb tesis tunggu submit jer lagi,hehe..tahun ni rasa syukur sangat,banyak rezeki Allah bagi..Tiga benda paling penting saya dapat dalam hidup..first,dapat husband yang baik sangat,cukup memahami diri saya,kedua nya bakal menimang cahaya mata ujung tahun ni,insyaallah.moga di permudahkan.ketiga,berjaya juga saya habiskan master di UPM,dengan segala cabaran dan dugaan yang saya kena lalui.alhamdulillah..erk mcm bg ucapan pulak..hehe...so pagi ni baru sampai di Kuala Terengganu,sebulan ni saya tinggal dengan husband dulu,before saya masuk mengajar,tengok la bila saya rasa nak lapor diri,hehehe..nak rehat sekejap,habiskan masa dengan suami tercinta...sepanjang kawen belum sempat duk skali,ni baru berpeluang,syukur sangat.happy sebab dah boleh masak untuk suami setiap hari.hehe..maklumlah mak buyong dah gian nak masak,dah ada dapur nih,mula la memacam nak masak dan makan.macam dalam umah ni ada 10orang.ekekeke..walhal kami berdua je..ehh bertiga,baby tecik dalam peyot.dah banyak pot pet pot pet ni,jom layan menu malam ni.saya masak bihun goreng simple jer.terpikat dengan bihun goreng Kak Nor secubitgaram. sue ciluk sikit resipi nya..tapi main campak-campak jugak..hikhik
Bihun Goreng
BIHUN GORENG TAUCU
By Kak Nor Secubitgaram
Bahan-Bahan:
300gm mihun ~ direndam hingga lembut dan toskan
isi ayam ~ dipotong kecik
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
2 sudu besar udang kering * (diblend)
2 biji tomato ~ dihiris
3 sudu besar taucu
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 biji telur
sayur kobis ~ dihiris
1 1/2 cawan air
garam dan gula
minyak
CARA-CARA:
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih.
Goreng hingga kekuningan dan masukkan cili mesin. Goreng lagi hingga cili garing.
Masukkan isi ayam dan goreng sekejap.
Masukkan bahan bawang besar dan udang kering yg diblend.
Goreng hingga kering dan pecah minyak (minyak kena guna lebih sket sbb kalau guna udang kering, biasanya udang menyerap minyak). Boleh gak masukkan sedikit air utk menghasilkan tumisan pecah minyak.
Masukkan buah tomato yg dihiris, taucu, sos tiram, kicap manis dan kicap cair. Goreng lagi hingga sedikit kering.
Masukkan telur yg dah dikocok. Biarkan seketika baru lah dikacau.
Masukkan sayur kobis dan mihun. Masukkan juga air, garam dan gula secukupnya.
Kacau2 hingga mihun sebati dgn rempah tumisan.
Masak sehingga air/kuah kering dan mihun masak.
Angkat dan hidangkan

best..
ReplyDeleteSueeeee...tak busy ker ari ni.. Sempat update blog ni... Nak sikit Sue..akak nak sesudu jer la..Mana boleh amik mknn org yg kena makan lebih skrg kan..
ReplyDeleteAssalam sue..tahniah dari akk kerana bakal menjadi ibu tak lama lagi, blog teratak tu dah takleh masuk ek sue..lama akk tak nmpk sue, ingat nak juga tanya kbr hehh
ReplyDeletedh boleh dok sebumbung ngan yg tersayang best sikit, dpt nengada lebih sikit heheh
kak naz,
ReplyDeletehehehhee..makan dah terlebih ni kak,mcm 10tahun duk oversea,hehehe..
kak liza,
terima kasih kak,harap2 smua selamat nanti.berdebar jgk walau 3bulan,hehehe..
mmg lama tak nampak sbb busy sesangat kak,arini dah bercuti nih,blh merempit sana sinun..hikhik..
a,ah blh mengada lebih sikit je la,byk2 kang kena sekeh lak,kiki
dibuat dengan penuh kasih sayang ni..hehe
ReplyDeletewani,
ReplyDeletea.ah..di buat dgn kasih sayang,hehehe
uit!!dh2 la tu merempit....cian kt baby tu...bgegar je stp kali mu merempit..huhu...baby chat ke sue??
ReplyDelete