Sambal Pauh@Mangga Muda

ASSALAMUALAIKUM............

Banyak hari saya tak update blog,bukan tak masak,tapi malas nak mengentri,hehhee..(rosak bahasa).mesti semua dah lunch kan..kita jer lambat lunch,al-kisahnya masuk dapur lambat sebab mencari ikan di merata tempat,arini gamaknya nelayan mogok,tak banyak ikan,padahal duk di Terengganu,tepi pantai..orang kedai kata nelayan tak turun ke laut kebanyakkannya..pastu balik umah pulak,ketung ketang kat dapur,masak lemak petola dgn putik jagung,wat daging blackpepper dan tumbuk sambal pauh @mangga muda.orang kelantan panggil pauh ringan,hehe..sbb dia kecik-kecik kot.pastu dah siap hidang lauk pauk (macam banyak sangat ler lauknya) my husband pi ler nak ambik nasi..uwaaaaaaaaaaaaa nasi tak masaaaaaaaaaaaaakkkk..bukan sebab tak pandai masak nasi,tapii terlupa tekan butang cook..huhh..terpaksa ler husband tunggu dlu.dia kuar g pos barang customer baru balik makan nasi.tu ler al-kisahnya lambat lunch..hihi..jadi ibu-ibu,adik kakak sekalian,bila masak nasi jangan lupa pastikan butang cook di tekan yea..pesanan penaja tak berbayar,hihi.

Jom kita layan sambal pauh dengan ikan,jangan ada yang mogok nak bom dapur pulak yea,hehe..pastu sediakan tisu,kot-kot meleleh tengok sambal pauhh tuu..huhu..wa cakap sama lu,memang sedap woo sambal pauh nih..(bukan angkat baldi sndiri tau).dengan ada rasa masam,pedas fuhh..fuhh berair air idung ler..hikhik..


***ada yang terliur,meleleh tak tengok sambal pauh ni,hehehe!!
dah selamat di makan oleh mak buyong dah,kikiki
arini kita punya lesung nak interprem..huhu..
 dia punya penumbuk tu dah patah,dlm gmbr tak nampak,huhu!!

Resipi Sambal Pauh by Ciksu:

7biji lada burung-ikut citarasa masing
3-4ekor ikan kembung kecik-atau ikan selayang/sardin
pauh/mangga muda-3biji
Garam secukup rasa-sue guna sesudu kecil garan kasar

Cara-cara:
Tumbuk lada burung dgn garam,biar pecah-pecah jer.jangan terlalu lumat
masukkan mangga muda,tumbuh bagi pecah-pecah juga,sue suka mangga yg tak lumat sangat
masukkan ikan dan tumbuk lagi..sedia untuk di makan:)


**Sayur Lemak..nyum..nyum
sedap bila di gandingkan dengan budu perah asam limau:)

Serunding Kg Laut, Serunding Tersohor

 menyelerakan bukan!!jadi buat tempahan hari ini
rupa bentuk wajah serunding daging:)

Alhamdulillah syukur,ciksuwellness and marketing terus mengorak langkah dengan menambah produk makanan pula untuk di jual.Kami memang berhasrat nak pelbagaikan produk.Harini CWK ingin memperkenalkan produk baru yang sememangnya dah ramai kenal pun,hehehe..cuma nak maklumkan  yang kami menjual iaitu pelbagai jenis serunding dari Kelantan.Di Jamin Sedap Dan Puas Hati.

Sempena menyambut “Penghulu Segala Bulan” iaitu Bulan Ramadhan al Mubarak dan meraikan kedatangan Syawal yang Mulia ini, Ciksuwellness and Marketing amat mengalu-alukan anda untuk menyertai kami dalam menjual pelbagai jenis serunding.

Buatlah tempahan segera dan edarkan di seluruh kawasan persekitaran, jiran tetangga, sahabat handai dan saudara mara anda. Dapatkan kepuasan dalam menikmati keuntungan sempena kehadiran kedua-dua bulan ini. Namun jangan diabaikan saham/keuntungan akhirat kelak. seimbangkannya dan lipat gandakan usaha ke arah itu.(Pesanan Penaja)…

Serunding Daging Istimewa yang diperbuat daripada kampung pengeluar serunding tersohor di tanah air iaitu Kg Laut, Tumpat, Kelantan ini sememangnya enak dan boleh disimpan lama sehingga tempoh 6 bulan.
Untuk bergiat aktif sebagai pemborong, anda hendaklah membuat tempahan pertama sekurang-kurangnya 5kg serunding terlebih dahulu (boleh dicampur). Kami juga menjual pelbagai jenis serunding dalam bentuk runcit.Anda boleh merujuk harga runcit seperti di bawah:

Harga Tidak Termasuk Harga Pos
harga pos bergantung kepada berat timbangan:)

pesanan penaja:serunding kampung Laut ni memang menjadi kegemaran semua tak kira dalam negeri Kelantan sendiri atau luar negeri Kelantan.Ramai orang kenamaan yg memang suka dengan serunding nih..mendapat permintaan yang tinggi setiap masa.Jangan Lepaskan peluang untuk rasa keenakan dan kesedapan serunding asli dari Kelantan.kakak dan adik-adik blogger sekalian,nak order serunding boleh contact sue yea di talian 017-6137255 atau ciksuwellness@gmail.com




hubungi :017-6137255(ciksu)
atau emel ciksuwellness@gmail.com

Ketam Masak Kari

ASSALAMUALAIKUM.............


hai semua..arini masak ape?sure semua dah makan kan..ni nak update menu semalam.saya masak simple je,ketam masak kari.mmg my favourite la klu masak kari nih.my husband pun sibuk nak makan ketam kan.so beli jela 1kg..kebetulan ada member incik husband dtg makan kat umah.best juga makan reramai kan.alhamdulillah,habis dan ngam-ngam untuk semua.tak mau bebel la,baby penat arini..hikhik..biasa pakai resipi my mum je kalau masak kari nih,tp tgk umah kak yatiememories lebih kurang sama,sue copy paste sini lah.mintak izin yea kak..untuk rujukan di kemudian hari..

 Nyum..nyum...sedappp
wat kuah pekat sikit....


Bahan-bahan:

* 1 kg ketam (7 ekor sederhana)
* 3 cawan santan
* 4 sudu besar serbuk kari
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 '' halia
* 2 batang serai (di ketuk)
* 2 keping asam keping
* 2 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil gula
* 1 biji buah tomato dan 1 biji lada hijau(di potong)
* minyak masak untuk menumis

Cara-Cara

1. Ketam di siang dan di bersihkan. Serai di ketuk.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus.
3. Panaskan minyak, tumis serai dan masukkan pula bahan2 yang di tumbuk tadi dan di ikuti dengan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Masukkan pula ketam.
5. Kacau sehingga mendidih dan masukkan belahan tomato dan potongan lada hijau.
6. Kacau lagi sehingga masak.
7. Setelah cukup rasa matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.

Bubur Ayam

 ASSALAMUALAIKUM.....

Alhamdulillah,akhirnya berjaya jugak buat bubur ayam nih..sebelum ni duk meroyan sesorang tengok bubur nasi mamahawa duk tayangkan mama kan..hehehe..,lebih 10x kot saya duk mintak bubur nasi mamahawa,hehehe..sahh mmg teringin nak makan sangat,tgk pulak ikan bilis dan lauk-lauk lain,memang menggoda tekak saya tau.hehehe.akhirnya arini boleh jugak buat bubur ayam aka bubur nasi ni..memang sedap pada tekak saya..hikhik..ada telur asin,lada jeruk,ikan bilis,perghhh memang sedap laaa..husband saya pun hbs dua mangkuk makan.memula bila saya bagi,dia kata banyak..hahaha..tapiii siap mintak tambah,ekekeke....saya pun jangan kata makan banyak mane yea..faham-faham la..ni saya ambik resipi bubur ayam che iza di myresipi.pastu ada tengok dkt umah rakan alam maya lain,tp lupa,hehe.




BUBUR AYAM
Source:myresipi

Bahan-bahan ( 3-4 org )

* 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
* 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
* 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
* 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
* sedikit garam
* 1 liter air
* * GARNISH *
* lada merah
* daun bawang n daun sup
* sedikit mninyak bijan
* * AKSESORI TAMBAHAN *
* ikan bilis n kacang digoreng
* lada jeruk
* telur masin

Cara-cara

1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....

 Jemput makan semua,hehehe
tak cukup,pi godek kat dapur sndiri yea..
erkk lada jeruk yang saya buat pun nak interprem:)

Bihun Goreng Kasih Sayang

Assalamualaikum..

sudah lama saya tak update blog personal..fuhh..fuhhh dah berhabuk sakan dah..kena pakai vacuum yg power punya nih...bukan la taknak update,tp agak busy memandangkan di semester terakhir.alhamdulillah..semalam dah habis final exam,maka berakhirlah pembelajaran saya di UPM..even not officially lagi la kan.tesis saya belum di submit.tapi anggap dah habis,sbb tesis tunggu submit jer lagi,hehe..tahun ni rasa syukur sangat,banyak rezeki Allah bagi..Tiga benda paling penting saya dapat dalam hidup..first,dapat husband yang baik sangat,cukup memahami diri saya,kedua nya bakal menimang cahaya mata ujung tahun ni,insyaallah.moga di permudahkan.ketiga,berjaya juga saya habiskan master di UPM,dengan segala cabaran dan dugaan yang saya kena lalui.alhamdulillah..erk mcm bg ucapan pulak..hehe...so pagi ni baru sampai di Kuala Terengganu,sebulan ni saya tinggal dengan husband dulu,before saya masuk mengajar,tengok la bila saya rasa nak lapor diri,hehehe..nak rehat sekejap,habiskan masa dengan suami tercinta...sepanjang kawen belum sempat duk skali,ni baru berpeluang,syukur sangat.happy sebab dah boleh masak untuk suami setiap hari.hehe..maklumlah mak buyong dah gian nak masak,dah ada dapur nih,mula la memacam nak masak dan makan.macam dalam umah ni ada 10orang.ekekeke..walhal kami berdua je..ehh bertiga,baby tecik dalam peyot.dah banyak pot pet pot pet ni,jom layan menu malam ni.saya masak bihun goreng simple jer.terpikat dengan bihun goreng Kak Nor secubitgaram. sue ciluk sikit resipi nya..tapi main campak-campak jugak..hikhik

Bihun Goreng 

BIHUN GORENG TAUCU
By Kak Nor Secubitgaram

Bahan-Bahan:

300gm mihun ~ direndam hingga lembut dan toskan
isi ayam ~ dipotong kecik
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
2 sudu besar udang kering * (diblend)
2 biji tomato ~ dihiris
3 sudu besar taucu
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 biji telur
sayur kobis ~ dihiris
1 1/2 cawan air
garam dan gula
minyak

CARA-CARA:

Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih.
Goreng hingga kekuningan dan masukkan cili mesin. Goreng lagi hingga cili garing.
Masukkan isi ayam dan goreng sekejap.
Masukkan bahan bawang besar dan udang kering yg diblend.
Goreng hingga kering dan pecah minyak (minyak kena guna lebih sket sbb kalau guna udang kering, biasanya udang menyerap minyak). Boleh gak masukkan sedikit air utk menghasilkan tumisan pecah minyak.
Masukkan buah tomato yg dihiris, taucu, sos tiram, kicap manis dan kicap cair. Goreng lagi hingga sedikit kering.
Masukkan telur yg dah dikocok. Biarkan seketika baru lah dikacau.
Masukkan sayur kobis dan mihun. Masukkan juga air, garam dan gula secukupnya.
Kacau2 hingga mihun sebati dgn rempah tumisan.
Masak sehingga air/kuah kering dan mihun masak.
Angkat dan hidangkan








Cute Couple Contest

assalamualaikum dan selamat tengahari semua,
memandangkan giveaway di blog personal sue tidak mendapat sambutan,jadi dengan automatiknya contest itu di tutup.tapi di sebabkan blogshop sue yang ini masih baru DAN sempena harijadi my hubby yang tinggal sebulan je lagi,jadi sue akan buat satu contest untuk pengunjung blog ini.contest yang di beri nama "cute couple contest".Jom tengok syarat-syaratnya:



SYARAT-SYARAT:


  1. Mestilah mempunyai blog dan mestilah follower www.ciksucatalyst.blogspot.com.
  2. Buat entry yang bertajuk "cute couple contest".
  3. Letakkan banner gambar di atas di sidebar & entry dan link ke blog ciksucatalyst.
  4. Upload gambar bersama orang kesayangan anda,tak kisahla,ibu,ayah,anak,suami,kekasih,kawan dan sebagainya tetapi mesti couple okay,maknanya gambar anda dan pasangan.INGAT,mesti ada gambar anda okay:)
  5. Buat sedikit 'caption' yang menarik,dan kreatif.kalau nak cerita pasal gambar tersebut pun,tidak mengapa:)gambar dan caption yang menarik akan di pilih sebagai pemenang.
  6. Tag seorang rakan anda.make sure dia tahu la yea:)
  7. Tinggalkan link entry anda di petak komen di bawah.
  8. Tarikh tutup penyertaan 26 April 2011 dan keputusan adalah MUKTAMAD.
HADIAH-HADIAHNYA:

TEMPAT PERTAMA : RM40 +PRODUK KESIHATAN.
TEMPAT KEDUA       : RM30+ PRODUK KESIHATAN.
TEMPAT KETIGA      : RM20

P/S:Mungkin hadiah akan di tambah jika mendapat sambutan dari korang semua.

Officially jadi Distributor Centre Untuk Kelantan Dan Terengganu.

assalamualaikum kepada pembaca blog ciksu sekalian


arini as sue mentioned before,nak announce sesuatu kan..ok,first alhamdulillah,dengan izinNya sue sekarang dah menjadi distributor centre(dc) untuk Terengganu dan Kelantan buat masa ini.Syukur tak terhngga,di buka rezeki olenNya.Moga ini adalah permulaan career saya untuk mencari rezeki di samping career tetap sebagai pensyarah kelak.Terima kasih tak terhingga kepada encik Shar Effendi selaku managing director,yang banyak menyakinkan saya untuk terlibat dalam business di bawah bumbung Catalyst Neutraceutical (M) Sdn Berhad,juga kepada dc Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu saudara Atief dan isteri eazy yang banyak bagi maklumat dan membantu sehingga saya mendaftar sebagai dc Kelantan dan Terengganu.Mungkin selepas ini kita akan adakan roadshow atau event di Kelantan dan Terengganu pula..buat masa ini agak kelam kabut sedikit dan kami cuba untuk memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin,harap pihak pelanggan ciksucatalyst faham dan bersabar..Maaf entry sedikit skema:)

Jadi untuk mereka yang berada di Pantai Timur especially rakyat Kelantan dan Terengganu,boleh hubungi my husband untuk dapatkan stock vco,collagen dan sebagainya.buat masa ini untuk online,sue sendiri yang akan handle,dan offline atau cod area kelantan dan terengganu,my husband akan handle.jadi kawasan yang terdekat mungkin stokis dan agent boleh ambik dekat my husband nanti.cuma wat masa ini,stock belum sampai dan akan sampai mungkin 1-3hari lagi.jadi stokis,agent dan pelanggan yang ingin dapatkan produk dari catalyst yang tengah hot di pasaran boleh call 012-3434771(korie) atau sue sendiri lah.jadi buat masa ini sue masih lagi di UPM,dan sesiapa yang area UPM boleh cod dan yang luar dari sini by pos,dan you are lucky because right now FREE POSTAGE,so grab peluang sekarang untuk dapatkan produk yang ternyata berkesan dan 100% natural produk,mendapat kelulusan JAKIM,dan buatan anak tempatan.dan sekali lagi,sesiapa yang ingin menjadi agent,cepat-cepat grab peluang ini,bermodalkan hanya RM150 dan anda boleh mulakan perniagaan yg mampu memberi keuntungan.sue juga bermula sebagai agent sahaja,sebulan lepas.alhamdulillah,yakin dengan produk keluaran catalyst,jadi sue ambik keputusan untuk jual.moga kita sama-sama dapat manfaat bersama.

yang kedua,berita sue nak sampaikan,sue dah berpindah menggunakan hosting+domain sendiri,walaupun belum di set up sepenuhnya,tapi harap kawan-kawan dapat bagi sokongan kepada sue untuk bertapak dalam perniagaan dan juga dunia blog khususnya.bukan nak jadi glamour,cukuplah sekadar dapat rakan-rakan alam maya yang supportive,setelah masuk tahun ketiga sue berblog,akhirnya tertunai jugak hasrat nak berhosting sendiri,dengan menggunakan nama ciksu.com...harap rakan-rakan sekalian dapat bg sokongan kpd sue yea..terima kasih pada semua:)

Promosi Free Postage Bermula 10-20 April 2011

ni gambar zie ambik dgn vco yg dia beli
zie,kak sue pinjam..hehe!!

assalamualaikum dan selamat petang
arini sue mengambil kesempatan untuk membuat sedikit promosi untuk pelanggan ciksucatalyst.rasanya tidak adil kalau sue buat promosi untuk agent baru-baru ini,tapi tidak kepada pelanggan sue.maka sue sedikit bermurah hati untuk buat promosi free postage kepala pelanggan ciksucatalyst bermula 10-20 april 2011.promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat.jadi syaratnya,pelanggan yang membeli vco 1-4kotak sahaja dapat free postage.yang 5kotak ke atas,kena bayar la yea.sbb yang 5botol ke atas kebiasaannya agent.so aritu sue dah buat free postage utk agent,jadi adil dan saksama okay,hehe..jangan kata sue tak adil lak..ni bagi chance mereka yang nak beli utk guna sendiri.ini untuk mereka yang beli vco softgel sahaja,buat masa ini.sbb if produk lain tu timbangan berat sikit kan,so next time nanti if sue dan husband bermurah hati,sue akan buat pree postage..dan untuk sabah sarawak,sorry sue takleh wat free postage,tapi sue janji sue akan bagi potongan utk orang sabah sarawak yang buat order..orait..

jadi jangan lepaskan peluang keemasan ni,untuk order sebarang produk vco dengan sue yea.selepas ini postage mcm biasa,sue cuba reducekan mana yang boleh,supaya korang beli dgn harga berbaloi.di tambah sekarang produk ni memang hot di pasaran,dan keberkesanan memang terbuukti.bukan omong kosong okay..jadi tak salah mencuba produk 100% natural ingredients.sesiapa yang nak order,boleh isi order form dan emel dekat sue yea.supaya senang sue tengok and reply your order.jgn sms semata-mata,kekadang sue terlepas pandang.
dan peringataan,kepada yang transfer duit,di ingatkan supaya meletakkan emel ciksucatalyst@gmail.com dan hantar bukti pembayaran kepada sue,untuk memudahkan kerja sue.nanti order anda juga akan cepat di proses.okay..terima kasih:)

p/s:memandangkan sue berada di kampung halaman buat masa ini,jadi esok baru sue akan balik dan berada UPM..kepada mereka yang tidak mahu terlepas promosi free postage,boleh buat pre-order untuk book tempat,kejap je tau promosi nih..so cepat2 buat pre-order okay:)

boleh isi form DISINI

Promosi Free Postage Bermula 10-20 April 2011

ni gambar zie ambik dgn vco yg dia beli
zie,kak sue pinjam..hehe!!

assalamualaikum dan selamat petang
arini sue mengambil kesempatan untuk membuat sedikit promosi untuk pelanggan ciksucatalyst.rasanya tidak adil kalau sue buat promosi untuk agent baru-baru ini,tapi tidak kepada pelanggan sue.maka sue sedikit bermurah hati untuk buat promosi free postage kepala pelanggan ciksucatalyst bermula 10-20 april 2011.promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat.jadi syaratnya,pelanggan yang membeli vco 1-4kotak sahaja dapat free postage.yang 5kotak ke atas,kena bayar la yea.sbb yang 5botol ke atas kebiasaannya agent.so aritu sue dah buat free postage utk agent,jadi adil dan saksama okay,hehe..jangan kata sue tak adil lak..ni bagi chance mereka yang nak beli utk guna sendiri.ini untuk mereka yang beli vco softgel sahaja,buat masa ini.sbb if produk lain tu timbangan berat sikit kan,so next time nanti if sue dan husband bermurah hati,sue akan buat pree postage..dan untuk sabah sarawak,sorry sue takleh wat free postage,tapi sue janji sue akan bagi potongan utk orang sabah sarawak yang buat order..orait..

jadi jangan lepaskan peluang keemasan ni,untuk order sebarang produk vco dengan sue yea.selepas ini postage mcm biasa,sue cuba reducekan mana yang boleh,supaya korang beli dgn harga berbaloi.di tambah sekarang produk ni memang hot di pasaran,dan keberkesanan memang terbuukti.bukan omong kosong okay..jadi tak salah mencuba produk 100% natural ingredients.sesiapa yang nak order,boleh isi order form dan emel dekat sue yea.supaya senang sue tengok and reply your order.jgn sms semata-mata,kekadang sue terlepas pandang.
dan peringataan,kepada yang transfer duit,di ingatkan supaya meletakkan emel ciksucatalyst@gmail.com dan hantar bukti pembayaran kepada sue,untuk memudahkan kerja sue.nanti order anda juga akan cepat di proses.okay..terima kasih:)

p/s:memandangkan sue berada di kampung halaman buat masa ini,jadi esok baru sue akan balik dan berada UPM..kepada mereka yang tidak mahu terlepas promosi free postage,boleh buat pre-order untuk book tempat,kejap je tau promosi nih..so cepat2 buat pre-order okay:)

boleh isi form DISINI

Alhamdulillah,saya dah daftarkan perniagaan saya dengan jayanya.terima kasih SSM!!

ASSALAMUALAIKUM....


arini sue bersiaran dari kampung halaman tercinta..ehh mek ni balik pulak dah,erkk yela kebetulan isnin takde kelas,so saya balik ler.duk UPM pun sorang-sorang,bukan ada kawan pun.apatah lagi husband..alhamdulillah,di kala kepala otak tengah kusut,bila balik kampung,jumpa my husband,dan dapat hirup udara kampung,tenang sekejap.sebenarnya saya memang tak suka duk KL,bukan jiwa saya.dari dulu lagi saya memang sllu ckp dkt kawan-kawan dan termasuk my husband,saya tak suka duk kL.mungkin orang lain suka,sbb ada semua kat sini,tapi saya punya jiwa berlainan..saya sukakan kampung,lebih damai.

ok lah berbalik kepada cerita sebenar nak bagi tahu,sue dah move selangkah ke hadapan.dari berniaga suka-suka,dan secara taks sengaja,kepada lebih serius.sue mengambil keputusan ni untuk serius dlm business yang sue buat,memandangkan permintaan yang tinggi terhadap produk catalyst seperti yang kita tahu.sue dah bersembang dengan CEO dia,dan i am very lucky,di beri rezeki dari Allah berjumpa dengan CEO yang pada saya sangat berkaliber,rilek dan cool.ok nnti sue update cerita tu selepas esok pagi yea,sebab sue ada appointment satu lagi dengan dia esok,untuk finalised semua perbincangan sebelum ni.doakan terbaik yea.

so kelmarin sue pergi register perniagaan sue menggunakan nama CIKSU WELLNESS AND MARKETING dan form sebagai perkongsian atas nama sue dan my husband.alhamdulillah,syukur tak terhingga,walaupun bukan lah projek juta-juta,tapi syukur dengan rezeki yang Allah bagi.amin.jadi sue harap ini adalah titik permulaan kami sekeluarga untuk cari rezeki dalam bidang perniagaan pula.seperti yang kita tahu 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan.terima kasih pada kekawan yang banyak support sue..esok sue akan umumkan dua berita baik,yeay..tunggu..

Pengambilan vco softgel dan collagen semasa kehamilan

Assalamualaikum dan selamat petang semua,
hari ini sue nak share sikit pasal pengambilan vco semasa kehamilan,ramai yang emel sue tanya,boleh ke makan masa hamil,takde effect ke dekat baby.ok actually vco ni 100% natural produk,so dia BUKAN UBAT tapi bertindak sebagai supplement.kat sini sue nak share sedikit pengambilan vco semasa kehamilan adalah bagus, buktinya saya punya DC iaitu Kak Hanny @lebih di kenali sbg cpm,amalkan vco semasa kehamilan.J0m kita baca apa kata Kak cpm.

Kata Kak Hanny: ibu mengandung seperti saya juga boleh mengamalkan vco softgel&collagen


credit to cpm

kata kak hanny,selepas 3hari pengambilan collagen saya dapati kulit sangat serasi
menjadi kulit muda remaja,tisu-tisu kulit diperbaiki dari dalam..

haaa memang terbukti bukan...dah ramai yang cuba
semasa kehamilan..dan ianya berkesan dengan izin Allah...........
jangan ragu-ragu untuk mencuba..produk yang baik untuk kesihatan dan kecantikan

dan sesiapan yang ingin menjana pendapatan sampingan
boleh juga emel kepada saya
untuk menjadi AGEN.Hanya bermodalkan RM150 sahaja.

for futher information
pls email:
ciksucatalyst@gmail.com
ciksu:017-6137255

Nasi Goreng Seafood

Selamat Tengahari semua,
dah lunch ke?makan ape
mee goreng je?sue makan nasi goreng je,,eh..eh..silap.
minum air masak je,hehehe..mana nak masak duk sini kan..
ni nasi goreng yang dah basi..hehe..
masa duk umah mertua aritu
wat nasi goreng seafood..main campak-campak je
letak segala sayur yang ada,best..
especially bila letak kacang panjag...nyum..nyumm
mood gian nak masak,hikhik


ada udang,sotong,sedappnya
bila la nak balik kampung,
nak masak maca-macam dalam kepala otak ni.
ishh..memang kita suka masak
blog yang dulu pun,buat sebab masak-masak
join GMM(geng masak-masak)
best tauu...

tetiba rasa lapar balik,huhuk
takpela,tunggu balik next 2week pulak
bye!!

Review:Kipas Pengapit

Assalamualaikum dan selamat pagi,semua malas bukan klu sebut ahri isnin..panas enjin cepat-cepat
kang bos masuk marah pulak,angkat bontot tu semua,jgn malas yea..hihi
pagi ni sue nak review kipas pengapit yang di gunakan time sue kawen aritu
cerita dah basi,tapi takpela.yang nak baca and tengok,sila kan
yang taknak,takpe.ok..
mungkin boleh buat tatapan anak-anak nanti,
kalau panjang umur dan ada rezeki
boleh dia tengok,pahit getir mama dia nak kawen kan,hehe.
even blm ada baby lagi right now,sape tahu kemudian hari
rezeki Allah..
Jom Layan...


ni je kipas pengapit yang disediakan
simple je..tapi comel..
nak guna kejap je kan
hias dengan benda yang ada dan lebihan je..
my friend jugak yang watkan
saya just beli kipas tu aje,RM1.80.murah je kan:)
Sekian

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Jom Join gegar 1ribu blog april,sape penganjurnya?
kalau bukan Ben Ashaari.jom terjah:)

cikmin macaron,sedap ke??

 Assalamualaikum dan hai,
hari ini sue baru boleh update pasal macaron,macawrong cikim ni..so sorry yea cikmin.bukan taknak update,tapi sebab laptop takleh nak transfer gambar dari memory card.ni my hubby dah bawak datang laptop saya,so blh la transfer.sebelum ni guna laptop hubby.hihi.sbb g anta format laptop ambo.ok,buka nak citer pasal laptop saya,tapi nak citer pasal macaron cikmin ni.sesungguhnya bebanyak terima kasih pada cikmin,sbb bagi hadiah macaron ni dekat sue.sedap betul even sue first time makan.yela,saya bukan la reti makan makanan france ni,ye ke..entah la.saya baru kenal ape itu macaron.sungguh jakun saya di situ.cikmin jual macaron ni RM1.80 seketul,lagi murah if compared to jenama lain,ini buatan tempatan.haruslah kita support kan.nak buat macaron ni bukan senang,leceh betul kan pembuatan dia,kena sabar.betulkan cikmin.sue bukan nak bodek cikmin or whatever lah,sue first time makan,dan memang menepati selesa sue yang suka manis,ore klate katakan.paling best perasa chocolate,aritu jugak sue habiskan,hehe.yang lain peanut,pastu dulce leche,entah nama pun pyh nak sebut,berbelit lidah,hehe.tapi sedap.makanan ni mmg manis,sbb memang nama macaron,dia manis okay.so sesape nak try boleh ke blog cikmin dan order.sue sebenarnya dah lama cakap dgn cikmin,nak ke rumah nya,bukan sbb nak makan macaron,tapi before cikmin jd usahawan lagi,tapi tiap kali sampai area bentong,mesti no phone cikmin takda la,enset habis bateri la.insyaallah klu umur panjang,kita jumpa yea cikmin.jom layan pic yang sue snap,kualiti gambar mmg teruk pasalnya pkai kamera cap ayam.so main belasah je.tapi macaron ni cute,and comel.sape yang b2b nak wat hantaran dan doorgift,blh la tempah yea.tapi saya sedikit sedih,bila berlaku kes kata cikmin buat macaron tak ikhlas,sape nak tahu crita,blh bc blog cikmin.naik geram saya orang yang bermulut lancang,tak pyh nak kutuk sampai mcm tu skali,kita ni ada adab kan.mmg customer always right,but right now dah takleh pakai customer always right tu,if you are marketing people,you know what i mean.sometimes customer pun ada yg melampau.sabar yea cikmin,kita berniaga online,mcm tu la cikmin.anggapla itu dugaan dan cabaran.jangan putus semangat sebabkan "dia" seorang.sue doakan business cikmin berjaya:)




 yang colour purple and kuning tu
perisa coklat
memang sedap
kalau letak dalam peti ais,lagi sedap
kat cikmin.


saya dah habiskan semua,
nasib tak kena kencing manis,hehe.
thanks cikmin

Perhatian:Perubahan Emel ciksucatalyst


Assalamualaikum dan hai kepada semua pengunjung ciksucatalyst.pertama sekali terima kasih kepada semua pengunjung yang masuk blog sue,dan jugak customer yang order produk di sini.sue nak maklumkan perubahan emel ciksucatalyst yang mana sebelum ni sue guna emel personal sue,tapi dek kerana order dari customer yang bertambah,jadi sue tukar kepada emel baru yang hanya untuk business.jadi sue memohon jasa baik kalian supaya tidak emel ke emel lama sue lagi.emel baru ciksucatalyst adalah seperti di bawah:

ciksucatalyst@gmail.com

harap maklum:)

Testimoni Pengguna vco Catalyst

Assalamualaikum...

di sini sue nak kongsikan sedikit feedback dari customer yang telah menggunakan vco catalyst.alhamdulillah,ramai yang memberikan positive feedback.tidak semua orang akan nampak kesan dia dalam masa singkat.macam mak zie ni dah 3bulan dia amalkan.macam saya 2weeks dah rasa perbezaan.ok jom kita tengok testimoni dari pelanggan vco catalyst.

 comel anak patung tu,hehehe.
sepadan dgn vco kan:)

 okay,ni zie
dah jd duta tak bertauliah ni kan zie..
hehehe...


ni kata zie: 
'Dah hampir 3 bulan dh mak ambik VCO softgel ni. Kata mak bdn dia cam ringan and bertenaga berbanding dulu. Alhamdulillah…itu lah yg Zie nk. Leh mak sihat senantiasa'

bagus zie ni,bagi mak makan dulu..
psssttt..zie,pasni zie pulak kena makan,jgn curi-curi mak punya tau,hehe..



ni feedback dari rakan-rakan zie
yang dah guna vco catalyst ni..
insyaallah,kalau kita amalkan
doa sebelum makan..moga mujarah
kita berikhtiar okay,dengan izinya insyaallah:)

Judul Lagu Di Blog Saya

Assalamualaikum...
ramai yang bertanya apa tajuk lagu di blog sue ni
erkk ramai ke..ada la dua,tiga orang,
kira ramai la kan,lebih dari satu..hehe
ada yang drop msg dekat shoutbox,ada yang msg sue
tanya apa judul lagu di blog ni..
so untuk tidak menghampakan kalian
sue letak lirik lagu kat sini..dan video lagu ni...
mungkin lagu ni best jugak layan
sape yang mau jiwang,
macam saya kot,erkk tidakkk yea...Jom Layan...
moga terjawab sudah pertanyaan korang yea:)

Bawa Kau Pergi-Goliat Band

Bila ada didekatmu
Detak dadaku mengencang
Pesona indah di dirimu
Buat ku mabuk kepayang
Jalan panjang yang kita lalui
Bukanlah sebatas mimpi
Baru kini ku merasakan
Jatuh cinta sesungguhnya
Kau membuat jantung berdebar
Tubuhku bergetar
Saat dengar bisikanmu kasih
Senyummu selalu dihati
Sabarlah menanti
Ku kan bawa kau pergi
Cerita cinta para pujangga
Tak seindah kisah cinta kita
Dan takan ada yang bisa
Merangkainya dalam kata-kata
Kau membuat jantung berdebar
Tubuhku bergetar
Saat dengar bisikanmu kasih
Senyummu selalu dihati
Sabarlah menanti
Ku kan bawa kau
Ku kan bawa kau pergi


Tanda Symbol Pelik Muncul Di KLCC?Apakah

assalamualaikum dan selamat pagi
tadi sue duk melilau di alam maya
jumpa a few gambar yang bang nara tunjuk dekat web dia
seram jugak bila tengok benda ni...
adakah bumi kita dah semakin tua
atau dah akhir zaman
sampai macam-macam benda pelik muncul...
Ya Allah,takuttnyer....
klu kita tengok sekarang pun
dah banyak tanda kiamat
samada kecil atau besar...subhanallah..


 yang ni korang tengok simbol antara dua klcc tu
nampak tak apa saya nampak??

 dekat ikan yang mak abang nara beli
ada juga..suratan atau kebetulan
laut kita dah tercemar ke

ni gambar yang adik abang nara
yang belajar dekat UK anta
ada jugak..see...
sumber:beautifulnara

p/s:katanya ini hanya gimik,entah la..kenapa ek..kang org pakat pikir macam-macam pulak kan.
entah ler labu...

Review:Bunga Tangan

assalamualaikum dan selamat pagi semua..
jeng..jeng..dah basuh muka belum,solat subuh ke idak ni??makan roti ke nasi...sue telan air liuq je,hehe..
ok2,dont be confuse okay,blog sue ni,depend pada mood,klu sue rasa nak review pasal kawen,sue akan review and share pada b2b di luar sana..erkk ada orang baca ke,hikhik..klu rasa nak share pasal dato' siti mengandung,sue akan tulis jugak..ikut suka hati,mana berkenan,murah-murah,hehehe..erkk salah topic..
okay,arini just nak share bunga tangan,yang di buat oleh my friend so nadia.dia dah ada blog,tp sue lupa link,,nnti sue update.sape yang nak upah dia make up,boleh la yea.actually she is a new berjinak-jinak dlm conteng-conteng muka orang,hehe.nnti sue wat satu entry crita pasal dia ye..psssttt bukan pasal personal hokay,orait.jom layan piccas.

 sila fokus pada bunga tangan
not my jari yea..
ok,kombinasi pink and putih,dan sedikit shocking pink
bunga tangan made by Nadia
i like it..
still simpan dan masih elok..

 hoho..my niece yang taknak senyum
sbb dah ptg kot
just nak tunjuk bunga tgn lagii
dan lagiii

ok,ni pic pemegang bunga tangan tu
beli dekat kedai
tak ingat nama
tapii mahal giler
bila g dekat sin yin
beza RM3,banyak tuuuu....
ok done..sekian

Dato' Siti Nurhaliza mengandung

assalamualaikum dan selamat pagi..
yeayyy dato' siti dah mengandung,tumpang gembira.erkkk sila jangan percaya.tadi sedang enak sue duk sibuk baca literature review,mata sudah mengantuk,jadi berkeliaran di alam maya,dan terbaca pasal kata dato' siti nurhaliza atau Tok Ti mengandung.banyak blog gossip duk bercerita pasal isue hangat ni.saya bukanlah peminat tegar dato' siti,tapi layan je lagu dia,mane yang berkenan kan.if dato siti pregnant,alhamdulillah,kita tumpang happy kan..jom layan gambar yang jadi topic kata dato' siti pregnant..

 erk sebabkan nampak perut Tok Ti muncit sikit kot
tu yang pakat kata tok ti pregnant
huhuk..klu betul alhamdulillah...




gambar kredit to:runwitme

Aida Gadis Melayu dah ada blog

assalamualaikum dan selamat pagi semua..

apa kabar anda di sana,sihatkah?makan belum..buat ape tu..dah mandi,ehh mcm kenal je ayat tu,hikhik..ok sapa yang tak kenal aida gadis melayu?yang comel,cute dan sweet itu..ala yang kawen dgn pembaca berita tuuuu,si saiful kan.hehe..mmg sesuai kan.ensem dan cantik,pasangan sejoli.okay,sue memang minat jugak la dgn aida gadis melayu tu,lembut je orang nya,sedap mata memandang.so semalam sue duk merayau di alam maya tanpa arah tujuan,sambil bawak roti tuna,yangs sedap,lembut dan gebus,ehh tetiba pulak,cakap psl roti,hehe..okay,sambung citer,so sue terjumpa blog aida gadis melayu ni,dia baru je ada blog,baru buat kot.entry pun bulan march.tp follower dah ada 200+,cepat bukan,hehe..orang dah popular,cantik pulak,banding dgn saya,follower ciput je,hehehe..lempang lapan poloh lapan kali,huh..

ok sape nak masuk blog aida gadis melayu,klik di SINI yea.
erkk tlg promote jap,aida..sila bagi upah,ekeke..mcm la aida baca blog aku yg gonjeng nih,hikhik.ok layan gmbar aida kat bawah,sweet bukan.sekian



gambar kredit to aida gadis melayu

Promosi Untuk Menjadi Agent vco by Catalyst



assalamualaikum dan hyeeeeeeee sumeeeeeeeeeeee..
berjumpa lagi dalam segment 'eh best ke vco tuh..hahaha..ehh sorry saya merepek sajer..okay jom straight to the point..memandangkan sue nak wat promosi,makan sue akan tunaikan janji sue yea..owhh sue bukan mungkir janji tauuu..hehehe..

kepada mereka yang ingin menjadi agent,di kelantan,pahang,terengganu,mane-mane jer,boleh register dekat sue okay.dan pada sesiapa yang ingin menjadi agent,maka sue akan bagi postage freeeeeeeeeee of charge okay..ini untuk mereka yang ingin menjadi agent sahajafree of charge atau FOC..erkk ada berani.ini betul-betul,bukan cubaan okay..hihihi.so if korang nak jadi agent,pls emel to me at suhasnida.ismail@gmail.com or 017-6137255
anda berpeluang menambah pendapatan dan mendapat keuntungan 10-15%,jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.


 "tawaran ini hanya sah sehingga ujung bulan ni okay,tertakluk kepada terma dan syarat"

Yeay,sue ada Banner baru untuk blogshop sue..

assalamualaikum dan hai...

akhirnya sue dah ada banner untuk blogshop sue.ehh bukan banner nak gantung dekat luar pagar sekolah yea..ini badge.kata tukang buat.hehehe...suka sangat bila dah dapat ni..lama tau que dengan kakak comel ni untuk design.hehehe..

sweettt macam tuan kedai,ekekeke
perasan betul kan..
but i like..comel gitu,
boleh guna untuk watermark jugakk
lama bebenar tunggu tau,
tuan punya design pergi jual kambeng,hikhik
sape nak tempah
boleh tempah dengan Kak Jiya
kak jiya ni selain pandai mendesign dan kreatif
dia ni pengembala kambeng..lariiiiiiii..
sebelum kena sekeh..hikhik..
thanks kak jiya..
sekian.

Comelnyerrr adik Mia Sara

arghhh so cute la budak niii..geram tengok.rasa nak gigit,hehehe..klu dapat anak mcm ni,hari-hari aku cubit pipi,hikhik..doakan untuk saya yea..moga cepat di kurniakan cahaya mata,amin.okay jom layan gambar adik mia sara time birthday lisa surihani.lisa pun comel,tapi aku bukan peminat tegar artis yea,hehe..

 comel,cuteeeee sangat budak mia nih
suara dia sangat comelll
geram nak cubiiit,hehehe!!

sekali pandang macam budak korean pulak
hehe..sebabkan duk dengan FBI,tak nampak korean la,ekekeke
comel kan..


ni video during sambutan harijadi lisa surihani
ermmm pasni mesti jadi kontroversi lak
klu nak tahu pasal ape
korang tengok la yea:)
motif,nak tunjuk gambar mia je,hehee.

semua gambar dan video
kredit to Metrowealth

Review:Bunga Stokin sebagai bunga pahar

assalamualaikum dan hai everyone.what are doing ha??sihatkah kamu wahai kawan-kawan??saya tak brapa nak sihat okay.hehe.bila masuk semester baru,memang virus tak sihat akan menyerang,well as u know la kan,huhu.modd lari sana sini,tak dapat nak kejar tauu,si mood tu nakal,lebih laju dari kuda..hikhik..apa aku merepek nih..kahkahkah..tambah-tambah incik husband duk jauh,terpaksa berpisah sentiasa.hehe

baiklah wahai incik rakan sekalian,aku just nak citer pasal bunga telur a.k.a bunga pahar or what so ever la korang panggil kan.klu kat kelantan takde istilah bunga pahar nih,klu aku lah..semua panggil bunga telur.so bila aku join b2b group kat blog ni,baru aku tahu,bunga pahar ni lagi lawa,lagi cantik,lagi lebat bunga dia,ghasak la mcm mana pun.hehehe.

ok jom kita lihat gambar yang sempat di snap yea..

 ok ni lah rupa bunga stokin yang sue buat..
oppss bukan buat,or diy yea
sue tempah and bayar jer.hikhik..

 ok,mood malas nak rotate,huhu
memula sue nak buat,pastu duk pikir and survey
cost buat lagi mahal
jadi sue ambik decision sue pergi tempah
dekat rantau panjang,yang jauh lebih murah
you nak colour ape,you bagi tau jer,nanti dia akan buatkan
so anyone nak tempah??
kindly emel to me.
 just nak show

ini my bestfriend
akan kawen ujung bulan 4 ni
wish you gudluck for preparation,hehe.
saya just nak tunjuk bunga telur yang dia pegang tu
then FYI,saya menggunankan telur masin yea
bukan telur ayam biasa
sebab saya nak bagi nampak comel colour putih,hehe..
ok till the,chow.
 
Copyright © Kedai Vitamin Muslim | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in